Thursday 17 February 2022

Dengar Kalam Tuhan Hati Bergetar

Hati ini sentiasa perlukan vitamin seperti kelazimannya kita perlukannya dalam tubuh badan kita.  Jika tidak kita letih. Rasa badan tidak selesa. Ada rasa yang tidak kena badan lemah longlai tidak bermaya.  Paling penting sekali untuk hati dan jantung yang mengepam darah memproses data ke otak dan 

Itulah kita manusia.  Sekali-sekala perlu melihat ke belakang.  Dari mana kita datang dan apa tujuan kita di sini.  Pandang keliling apa yang tengah sekarang dilakukan.  Sejenak meleret membawa hati ke depan.  Di mana aku sekejap lagi...mungkin malam nanti saat menutup mata tidur.  Bangunkah esoknya?  Jika bangun, adakah rutinku adalah sama seperti hari yang berlalu.  Selama 43 tahun lebih roh ditiup ke tubuh dari buai hingga ke katil empuk tapi masih tersangkut-sangkut amalan.  Terlalu terkejar-kejar dunia tapi akhirat terabai. Dewasa hanya dari usia, tapi tiada matlamat hidup yang jelas.  Mata melirik ke hadapan. Apalah nasibku di sana ya..yang mengukir setiap langkah adalah diri sendiri. Lebihan masa di pejabat sanggup semuanya kerana komitmen sedia ada. Demi lebih masa untuk merebut peluang ke alam abadi masih lagi sekadar amalan biasa-biasa. Hati diketuk seketika bila menyelak semuka dua Majalah Solusi dan sekilas pandang tajuk "Dengar Kalam Tuhan Hati Bergetar".